Wah,redupnya hari ini seperti redupnya hatiku ini.Entah mengapa bilaku cuba mencari solusi kenapa keredupan pada hati ini terjadi,ku gagal untuk untuk memikirkannya.Samada aku terlalu banyak masalah atau aku terlalu banyak melakukan perkara yang membawa kepada titik-titk hitam tumbuh di hatiku.Sesungguhnya orang yang beriman itu akan selalu diuji untuk melihat betapa kuatnya iman seseorang hamba itu atau rapuhnya imannya.Mugkin kadang-kadang aku terleka dan alpa dengan kesenangan dunia dan di mana tanpa ku sedari bahawa itulah ujian yang Allah berikan kepadaku.Semoga aku sentiasa terikat dan tidak akan sekali-kali dileraikan dari janjiku 9 kali sehari semalam iaitu tasyahhud(Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah) sehingga akhir hayatku.Ku harap kalimah Lailahaillallah dapat ku ucapkan di saat kematian akan menjemputku.Cukuplah tintaku untuk pagi yang redup ini,disulami dengan hujan.Semoga analogi itu dapat difahami oleh insan-insan yang membaca apa yang ku tintakan....
