Assalamualaikum ... :)
haa ! korang , hari nie ade satu crite ... nk tau ? jOm bace ! :) semoga kita mendapat manfaat dari cerita nie ... insyaAllah ... (^^,)
"pakcik , maaf saya menganggu , saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik."
setiap pagi jumaat, seorang imam mukim akan keluar bersama-sama anaknya yang berumur 7 tahun menyusuri jalan kampung untuk menyebarkan risalah bertajuk "jalan-jalan syurga".
pada suatu pagi jumaat yang indah, cuaca tiba-tiba berubah dingin dan hujan mulai turun dengan lebatnya .
anak kecil itu membetulkan jubahnya yang masih kering dan berkata : "ayah ! saya sudah bersedia ."
ayahnya terbata lalu bertanya : "bersedia untuk ke mana ?"
"ayah , bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah ?"
"anakku ! bukankah keadaan diluar sejuk dan hujan agak lebat ?"
"ayah , masih ada manusia yang akanmasuk neraka walaupun ketika hujan turun ."
ayahnya menambah : :ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
dengan penuh hormat , ananya merayu : "bolehkah, izin saya pergi sendirian , ayah ?"
ayahnya ragu-ragu, namun tetap menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. "pergilah nak dan berhati-hatilah . Allah bersama-sama kamu !"
"terima kasih ayah ," balas si anak sambil memeluk dan mencuim pipi ayahnya.
dengan wajah bersinar-sinar, si anak pergi meredah hujan. dia menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa yang dijumpainya dan mengetuk setiap rumah yang dilaluinya . setelah dua jam, hanya tinggal satu sahaja risalah "jalan-jalan syurga" di tangannya. Akhirnya, dia ternampak sebuah rumah yang agak terperosok disebatang jalan. Dia mengatur langkah menghampiri rumah tersebut. Apabila sampai , lantas dia memberi salam dan menekan loceng rumah tersebut . Dia menunggu sebentar dan ditekannya loceng sekali lagi , namun masih tiada jawapan .
bagai ada sesuatu yang memegang tubuhnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan . dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. akhirnya, pintu rumah itu dibuka . berdiri di hadapan pintu adalah seorang lelaki dalam linkungan umur 50-an. mukanya jelas suram dan sedih. "apa yang pakcik boleh bantu?"
anak itu tersenyum manis bagaikan malaikat dari langit. "pakcik , maaf saya menganggu . saya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik. saya datang hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan pakcik adalah penerimanya ."
Dia senyum lagi dan menundukkan wajahnya sebagai tanda hormat sebelum melangkah pergi .
"terima kasih, semoga Tuhan melindungi kamu ," ujar lelaki tersebut dengan nada yang lembut .
----------------------------------------------OOOOOOOO---------------------------------------------
minggu berikutnya , sebelum solat jumaat bermula, seperti biasa imam memberikan ceramahnya. sebelum selesai ceramah dia bertanya : "ada sesiapa yang ingin menyatakan sesuatu?"
tiba-tiba ada sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri . Dia adalah lelaki separuh umur itu. "saya rasa tiada sesiapapun disini yang mengenali saya. saya tidak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali kerana pada minggu lepas saya bukan seorang Muslim . isteri saya meninngal beberapa tahun lalu dan saya keseorangan." Air mata mulai bergenang di kelopak matanya .
"pada minggu lepas , saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni . Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher . Apabila sampai masa saya untuk saya terjun , tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi dan terdengar panggilan salam merdu daripada seorang anak kecil ."
"saya tunggu sebentar , saya fikir orang yang menekan loceng itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi beserta dengan ucapan salam. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan seklai lagi . Belum pernah ada sesiapapun yang menekan loceng ini setelah sekian lama . Lantas saya melonggarkan ikatan di tali leher dan terus pergi ke pintu."
"Seumur hidup saya , belum pernah saya melihat anak kecil yang comel itu . senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat . Dia berkata : "pakcik , maaf saya menganggu , saya hanya ingin menyatakan yang Allah sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik." Itulah kata-kata paling indah yang pernah saya dengar . Saya melihatnya bergerak pergi menyusuri hujan yang amat lebat . Saya kemudian menutup pintu dan terus membaca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa , saya letakkan semula di tempat asalnya. Saya tak perlukan itu lagi ."
"Lihatlah sekarang saya sudah menjadi seorang Muslim dan hamba kepada Tuhan yang satu , Dia adalah Allah . Di belakang risalah tertulis alamat tempat ini dan kerana itu saya sampai ke sini. Jika tidak disebabkan bintang kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya berada selama-lamanya di dalam neraka ."
Imam segera turun dari mimbar lalu dia memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar . Dia menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini adalah jumaat yang paling indah dalam hidupnya . Tiada anugerah yang amat besar daripada apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang ini berada di dalam pelukannya . Anak kecilnya bagaikan bintang bersinaryang menunjuki jalan buat orang lain menuju syurga Allah .
subhanAllah ! wallahmdulillah .... indahnya kalau kite jadi macam "bintang kecil" tuu kan ? :') sama-sama kita muhasabah diri .. insyaAllah ... (",)

0 kOmen si hensem & si cOmeL:
Post a Comment