AssaLamualaikum
![]() | ||
| oke ! sabar , ade cite tntg ayam nie :) |
"Good Morning" , "Sabah al-khayr", "bonjour", "ohayo", "guten morgen" atau "vanakkam" antara ucapan yang sering kita ucapkan ataupun didengari yang membawa maksud selamat pagi ... Alhamdulillah , pagi-pagi lagi kita telah didoakan dan mendoakan keselamatan orang lain apabila kita saling mengucapkan ucapan selamat ... Apatah lagi , sebagai muslim kita dianjurkan untuk menyebarkan ucapan salam ... :)
NIKMAT PAGI !
Agak-agaknye laa , saban hari tuu , pukul berape ek kite mulakan hari kita ? O.o 5.00 pagi ? 6.00 pagi ? 7.00 pagi ? ataupun mungkin 11.00 pagi ataupun 12.00 tengahari pada hujung minggu ?
okeh ~ maybe bagi kOrang yang bersekolah macam ana nie , mungkin bangun awal kan ? nak-nak sekarang kite di bulan Ramadhan , mesti bangun lagii awal kan ? Alhamdulillah~ kalau boleh , ana nak nasihatkan ... jangan lah tidur lepas sahur ... banyak manfaat yang kita boleh dapat kalau lepas sahur ... and kalau sebelum sahur , masyaAllah ! lagi banyak tau manfaat yang kita dapat ... solat sunat laa dulu kalau sebelum sahur ... insyaAllah ! banyak keberkatannya .. dan ana pun sekarang tengah cuba buat solat malam ... insyaAllah .. :)
Benarlah apa yang dikatakan oleh ahli falsafah Islam "Jalal-al Din Muhammad Rumi" yang berbunyi ---> Angin pagi membawa banyak rahsia yang ingin disampaikan kepada kamu . JANGAN lah tidur ... <---
dan Allah S.W.T juga berfirman yang bermaksud "Tidakkah mereka memerhatikan burung yang mudah terbang di udara ? Tiada yang menahannya [daripada jatuh] melainkan Allah . sesungguhnya, ia menjadi tanda [kekuasaan Allah] bagi kaum yang beriman ."
-Surah al-Nahl 16: 79-
haa ! ana ada satu cerite ... jumjum ~ kite ambik iktibar sikit daripada cerita nie , insyaAllah ... (^^,)
Ada sorang kakak nie , kalau dia pergi keje .. mesti dia nampak seorang lelaki non muslim yang bawak hampir sembilan ekor anjing daripada baka German Shepherd [ANJING POLIS] secara serentak untuk dibawa berjoging bersamanya ketika itu . Sementara kakak tuu duk tengok kat laki yang Non muslim nie , dia terfikir ... bukanlah satu keanehan kalau bawak anjing berjoging bersama , malah ia sering dilakukan oleh mereka yang bukan beragama Islam ...
tapi tak lama lepas tuu kakak tuu tanyalah dekat kawan-kawan dia yang non muslim , Mereka kata aktiviti tersebut dapat meningkatkan tahap kesihatan haiwan berkenaan .. Apabila menghirup udara segar , ia mampu meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan anjing tersebut ...
SubhanAllah ! jika mereka menyedari akan kebaikan waktu pagi dan memanfaatkannya untuk haiwan peliharran mereka , mengapa kita sebagai ciptaan Allah yang terbaik tak dapat ambil kebaikan yang diberikan oleh Allah ? Rasulullah pernah berdoa , maksudnya ::
"Ya Allah, berkatilah umatku pada awal pagi mereka ."
Rasulullah juga bersabda yang bermaksud ::
"Agama itu mudah , dan sesiapa yang memberatkan dirinya dalam beragama tidak akan dapat meneruskannya dengan cara sebegitu . Jadi janganlah kalian melampau, tetapi cubalah menjadi sesempurna yang mungkin dan terimalah berita baik bahawa kalaian akan diberi ganjaran , dan mohonlah pertolongan pada waktu pagi , petang dan sebahagian malam ."
Riwayat al-Bukhari
Akhir kalam , bukan setakat menghirup udara yang sihat dan menyegarkan,tetapi juga dimurahkan rezeki dan mendapat pertolongan Allah dengan beribadah pada waktu pagi dan malam . Inilah kunci kehidupan dan kunci membuka pintu rezeki yang dikurniakan oleh Allah ...
Jadi lepas nie , pastikan kita memulakan setiap hari pada waktu kunci ini diberikan dan jangan biarkan setiap kali kita terjaga daripada tidur, tempoh pengurniaan kunci ini sudah pun berakhir ! +__+
![]() |
| syukran ya cik googLe ! :) |
~ WaLLahua'lam ~


0 kOmen si hensem & si cOmeL:
Post a Comment